Friday, May 29, 2009

Makan - Makan di Nando's Alamanda..

hari : jumaat
masa : 12.30 - 2.00
tempat : nando's alamanda



ermm...ari nie tetiba nak mkn nando's...sib baik la ader member yang sudi bawak gi alamanda..masa yang sama blanjer la member sorang yang nak berenti keje nie makan..sbb dia byk tlg buat keje EMS nie..

tapi service kat alamanda nie lambat sgt la..tgg dr kul 1 dpt makanan dlm kul 1.45..dah la mintak meja yg luas skit(sbb kami 5 org)..tapi dpt yang 4 org nyer...lepas tue bila ader group china yang sama 5 org mintak meja yang kami mintak dpt lak..huh..mendiskriminasi org melayu tul la..

sorang member dah bengang sbb lambat..dah la mintak menu pun dpt lambat..pas tu serve pun lambat...bila mintak bil laju jer dtg kat meja kitaorg..tak per la asal dpt mkn...

lepas gi makan..kami gi la pakson...window shopping...cuci mata.. balik ofis kul 3..hahaha..dah la ptg tue bos mintak estimed keje..masing2 balik lewat keje..hahaha...pecah rekod tue..









Friday, May 22, 2009

Happy Birthday...

Happy Birthday classy roses

atun dapat invitation utk birthday anak kawan masa sekolah menengah dl ari ahad nie....kiranyer sambut ari jadi kawan atun dgn anak sulung dia skali la...hai..mak pun nak tumpang sama ker sambut ari jadi anak..aper2 hal..happy birthday to adila yg ker 27 dan anaknyer sarah yang ke 2..

sedihnyer tak dpt pegi..atun ader kuliah ahad nie...kalo pegi dpt la jumpa kwn2 sekolah dl...dgr2 ramai gak dia dia ajak member2 sekolah...mesti bengang giler minah tue nanti..hihihi..aper boleh buat..kuliah lg penting skarang nie...

so..nie la gambar kad invitation ari jadi tue..mcm kad kawin pun iyer jugak...huhuhu...siap ader peta lg..




My favorite Novel v1




actully novel nie dah lama beli pun...sajer nak update blog nie...atun nie jenis suka buat koleksi novel2...masa belajar dl byk la novel yang dah di buat koleksi..tapi bila member2 pinjam..tak pulangkan..so dah makin berkurang..so..sekarang nie nak buat balik hobi yang lama dah ditinggalkan tue..hihihi

best citer nie..mula2 atun cuma baca kat dlm penulisan2u.com..pastu meleret ker blog penulis tue sendiri..dah abis baca..bila dah publish terus jer beli novel nie..masa war2kan novel nie nak kuar..punya la excited mencarik dari satu kedai ker satu kedai...akhirnyer jumpa gak novel nie kat minerva masjid jamek...dah dpt novel nie pakat la tayang kat member2 ofis..huhuhu...mcm dpt harta karun jer...dah katam byk kali gak la...citer dia best...tak terlalu berat...tahniah kepada penulis --> kak hanni ramsul...

skarang nie nak tgg novel ke 2 kak hanni lak..pergilah air mata...sbb dah baca separuh dlm blog kak hanni tue...excitednyer menunggu..tak sabar nak buat koleksi novel...

selain tue jugak atun suka baca eNovel yang ada dlm blog2 penulis...so...bila ader yang dah publish..nak buat koleksi la..walaupun dah baca sampai abis..huhuhu...




nie lak novel yang adik atun beli..actully adik atun nie pun minat novel2 nie jugak..bila kawan dia cakap novel nie best..terus jer di beli..

memang best citer nie pun..kisah cinta..tak terlalu berat la...

Monday, May 18, 2009

selamat hari guru...



Guru O Guru
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Trengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang di apungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


credit for :: koleksi puisi sajak guru oh guru.
Nukilan Allahyarham SN Dato Dr. Usman Awang Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru yang diselenggarakan oleh Zam Ismail terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1989

** selamat hari guru kepada guru-guru & bakal guru-guru...**

semester dah bermula...

salam..

semester pendek utk thn nie dah bermula pun...daftar 2 kelas tapi yang lulus 1 kelas jer..tak per la...dr tak ambik terus...rupanyer mcm byk lg subjek wahib yang tak ambik...mcm maner nak grad thn depan nie...dah kira2 4thn belajar...tak abis2 lg..ish..is..ish..sib baik pakai duit sendiri...ader 1 student tue dah msk 10 thn dah belajar kat ctu..naper lama sgt yekk..?? sem nie pun still tak sama kawan2 yang kamceng..yang sama2 buat assigment...yg sama2 buat projek..pesentation..kena carik member lain la nampaknyer...:D

Thursday, May 7, 2009

love card v2












love card v1










Saturday, May 2, 2009

19 KEISTIMEWAAN WANITA DAN 6 JENIS WANITA MALANG

19 KEISTIMEWAAN WANITA

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendakla h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


6 JENIS WANITA MALANG

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

1.Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

2.Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

3.Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4..Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5.Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama. yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya. ..

6.Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Friday, May 1, 2009

Panduan mencari sahabat menurut Imam Syafiee R.A

**copy from ADEAN

IMAM Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama.

Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan."

“Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.”
“Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku.

“Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.”
Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya.

Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya."

“Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat."

“Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras."

“Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan."

“Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya,tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat."

“Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai."

“Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.”

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.
Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: “Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan."

“Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan."

“Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yangkucintai.”