Monday, December 8, 2008

Teman atau kawan...

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah,
mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.


Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud:

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).

Bak kata pepatah Arab,
“Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?


Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:


Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;


Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;


Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;


Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;


Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;


Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;


Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;


Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;


Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;


Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;


Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;


Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;


Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;


Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.


Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.


Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.


Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.


Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.


Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

Thursday, December 4, 2008

MINGGU KAWAN SEDUNIA


Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda ??

Mereka berkedip bersama..... ......,

Bergerak bersama..... .....,

Menangis bersama..... ......,

Melihat bersama dan......... .,
Tidur bersama.....


.....Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain.....

PERSAHABATAN seharusnya seperti itu.........

....Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN............

tazkirah ari nie~Puasa Arafah

Sunat puasa pada Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah 1429 bersamaan dengan 7 Disember 2008 bagi yang tidak mengerjakan Haji.

Maksud hadith : -Dari Abu Qatadah, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : -" Puasa Hari Arafah (tarikh 9 Zulhijjah) itu menghapus dosa dua tahun. satu tahun yang telah lalu, dan satu tahun yang akan datang ".
Riwayat Muslim.

Bagi mereka yang mengerjakan Haji dilarang puasa : -

Maksud hadith : -Dari Abu Hurairah, katanya " Telah melarang Rasulullah S.A.W berpuasa pada hariArafah di padang Arafah "
Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah

Sumber : -Fiqh Islam
H. Sulaiman Rasjid

Saturday, November 1, 2008

Sibuk Giler~~


Lama nyer tak update blog nie...sibuk memanjang....bulan yg memenatkan....nak kena kejar dateline ujung bulan memang giler...maner boleh kalo 3 modul aku sorang yang pegang...sampai demam2 la...tue pun dtg keje jugak...sampai member tegur muka dah pucat....ari nie migrain giler2...bila balik jer terus mandi makan ubat pastu tido...tgh mlm baru bangun carik mkanan...waaa...mkanan tak der....minum milo...jadik la...start bulan dpan lak...mengejar PAT (profesional acceptenct test)...teruk la...dah la nak dkt exam nie....dgn nak baca buku lg...dgn nak kejar dateline lg....(kena kejar lg...huhuhu...bulan yg penuh dgn berkejar-kejaran..hahaha)


bulan nie ramai yg member2 dah berenti keje...dpt tempt lg...pas tue dpt la member baru...(dpt ker??) org silih berganti..tapi projek nie tak siap2 lg...rase nak meraung jer...tak larat dah nak berulang dr kl-->putrajaya-->kl....dah la keluar umah kul 6pg...sampai putrajaya kul 8....balik pun sama...keluar ofis kul 6...sampai umah kul 8...bayangkan la...bila la nak nampak matahari kat umah...asyik nampak matahari kat putrajaya jer....


ok la sampai kat cni jer dl coretanku....ngantuk la..nak sambung tido balik...dah tak pening dah...:D


Monday, September 29, 2008

selamat hari raya...




salam aidilfitri...beberapa hari lagi nak raya kan...cam cepat jer...tak sempat nak buat aper2..seb baik la cuti dah start ari sabtu...sempat la nak buat kuih skit...ari isnin nie baru dpt kemas2 rumah..excited giler nak raya..maklum la setahun sekali kan...

saper2 yang balik kg tue...berhati2...yang bawak kete...yang naik keretapi...bawak motor..pembonceng motor...naik bas....naik lori...atau pun tumpang orang...berhati2 la...semoga sampai dengan selamat tempat yang dituju...

saper2 yang bekerja...jgn sedih2..still boleh beraya walaupun kena keje...

saper2 yang bercuti tue....ingat...minggu depan kena keje yerr....

saper2 yang tak dpt balik kg tue...cuma beraya kat kl nie...jgn cedih2 k

dan jangan main bunga api tau..bahaya....huhuhu...

Thursday, September 18, 2008

tazkirah Ramadhan 1429 v8

A'kum

Antara petikan Al Quran dan hadith sebagai renungan dan ulangkaji.

Ikhlas dan adat sopan bersedekah

Maksud Ayat 262 Surah Al Baqarah : - " Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, kemudian mereka tidakmengiring apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit(pemberiannya), tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), merekaberoleh pahla di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbingan (dari berlaku kejadianyang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita ".

Maksud Ayat 263 Surah Al Baqarah : - " (Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan mema'afkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah MahaKaya, lagi Maha Penyabar ".

Petikan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Jabir Abdullah menjelaskan : - " Rasulullah SAW berucap kepada kami, sabdanya ' Wahai umat manusia, bertaubatlahkepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamusibuk (dengan yang lain), dan hubungkan apa yang ada diantara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya dan banyakan bersedekah secra bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh) dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yangberganda-ganda " . (Hadith riwayat Ibnu Majah)

Wallahua'alam.

tazkirah Ramadhan 1429 v7

A'kum

Antara petikan Al Quran dan hadith sebagai renungan dan ulangkaji.

KELEBIHAN BERSEDEKAH Maksud Ayat 261 Surah Al Baqarah : - " Bandingan (Derma) orang-orang yang membelanjakan harta pada jalan Allah, ialahsama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkaiitu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahalabagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnianya, lagiMeliputi ilmu pengetahuanNya ".

Petikan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Sabda Rasulullah SAW bermaksud : - " Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramdhan ".

(Hadith riwayat Tirmizi) Abu Hurairah menjelaskan : - " Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW. Ya Rasulullah, tolong terangkan kepadasaya, sesuatu amal yang apabila saya melakukannya, akan menyebabkan saya masuksyurga. Baginda menerangkan, berilah makan (fakir miskin dan anak yatim), amalkanselalu memberi salam, eratkan saliturahim dengan membantu kaum kerabat dan kerjakansembahyang tahajud pada waktu malam ketika orang ramai tidur, nescaya engkau akanmasuk syurga dengan aman sentosa ".
(Hadith riwayat Imam Ahmad)

Wallahua'alam.

tazkirah Ramadhan 1429 v6

A'kum
Antara hadith mengenai Ramadhan sebagai renungan dan ulangkaji.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud : -

" Barang siapa tidak meninggalkan perkataan palsu dan pengamalannya, maka Allah
tidak mempunyai keperluan untuk meninggalakan makanan dan minuman " Riwayat oleh
Bukhari.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud : -

" Apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah kamu melafazkan perkataan yang
tidak baik, dan yang tidak berhikmah atau kurang elok daripada perkataan mahu pun
perbuatan. Apabila seseorang mencercanya atau hendak berkelahi dengannya. Maka dia
hendaklah mengatakan : ' Sesungguhnya aku berpuasa ' ". Riwayat oleh Imam Muslim
daripada Abu Hurairah RA.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud : -

" Apabila datang bulan Ramdhan maka pintu-pintu syurga akan dibuka dan pintu-pintu
neraka akan ditutup serta syaitan-syaitan akan dirantai ".

( Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah)
Wallahua'alam.

tazkirah Ramadhan 1429 v5

A'kum
Antara hadith mengenai Ramadhan sebagai renungan dan ulangkaji..

FADHILAT MENGHIDUPKAN RAMDHAN Sabda Rasulullah SAW bermaksud : - " Sesiapa yang bangun mengerjakan solat sunat di dalam bulan Ramdhan dengan penuhkeimanan dan keikhlasan mengharapkan keredhaan Allah, maka Allah akan mengampunkandosa-dosanya yang terdahulu " Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripadaAbu Hurairah.

TINGKATAN PUASA Ibnu Qadamah dalam kitabnya Minhaj Al Qasidin mengungkap puasa mempunyai tiga tingkat : -

i. Puasa secara umum, ialah menahan perut untuk tidak makan danminum serta menahan kemaluan untuk kemahuan sahwat,

ii. Puasa secara khusus, ialah menahan pandangan, lidah, tangan,kaki, pendengaran, penglihatan dan seluruah anggota tubuh membuat dosa,

iii. Puasa secara khusus dari yang khusus ialah puasa hati darihasrat-hasrat yang hina dan fikiran-fikiran yang menjauhkan diri daripada Allahserta menahan diri daripada hal-hal selain Allah secara keseluruhan.

tazkirah Ramadhan 1429 v4

A'kum

Ayat 186 Al Baqarah bermaksud : - " Dihalalkan bagimu pada malam hari puasa bercampur dengan isterimu. Mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu tidak dapat menahan dirimu sendiri, tetapi Dia menerima taubatmu dan mema'afkan kamu. Maka sekarang campurlah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah bagimu. Makan dan minumlah hingga jelas bagimu (perbedaan)antara benang putih dan benang hitam, iaitu fajar. Tetapi jangan kamu campuri mereka ketika kamu beriktikaf dalam masjid. Itulah ketentuan Allah, maka jangankamu mendekatinya. Demikian Allah menerangkan ayat ayatNya kepada manusia, agarmereka bertaqwa ".

Sabda Rasulullah SAW bermaksud : - " Barangsiapa yang berpuasa Ramdhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahla,nescaya dosa dosanya yang lalu akan diampuni "

tazkirah Ramadhan 1429 v3

A'kum
Antara hadith kelebihan membaca Al Quran dalam bulan Ramdhan.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud : -

" Orang-orang yang berkumpul di masjid dan membaca Al Quran. Maka kepada mereka
Allah akan menurunkan ketenangan dan limpahan rahmat ".

(Hadith riwayat Muslim)

tazkirah Ramadhan 1429 v2

A'kum
Antara hadith mengenai Imsak dan berbuka puasa : -
IMSAK

Sabda Rasulullah SAW bermaksud : -

Dari Zaid bin Thabit berkata : - " Kami bersahur bersama Rasulullah SAW lalu kami
berdiri untuk menunaikan solat, saya bertanya : ' Berapa jarak antara keduanya? '
Ujar Nabi SAW 50 ayat ' (lebih kurang 15 minit)

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


CEPAT BERBUKA

Sabda Rasulullah SAW bermaksud : -

Sahl bin Sa'ad berkata, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda " Manusia tidak akan
berhenti mendapat kebaikan selama mereka mempercepatkan berbuka ".

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud : -

" Manusia tidak henti-hentinya mendapat kebaikan selama mereka mempercepatkan
berbuka puasa ".

Wallahua'aklam

tazkirah Ramadhan 1429 v1

selamat menyambut bulan ramadhan...

lama tak update blog nie..ini atun attach kan tazkirah yang atun dpt dari tuan haji arif...

Ayat Al Quran dan hadith mengenai puasa bulan Ramdhan sebagai ulangkaji.

Ayat 185 Al Baqarah bermaksud : - " Bulan Ramdhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al Quran, sebagaipetunjuk bagi manusia dan penjelasan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda(antara yang benar dan yang batil). Kerana itu , barang siapa di antara kamu ada didalam bulan itu, maka berpuasalah. Dan barang siapa sakit atau di dalam perjalanan(dia tidak berpuasa), maka (wajib menggantinya), sebanyak hari yang ditinggalkannyaitu, pada hari hari yang lain. Allah menghendakki kemudahan bagimu, dan tidakmenghendakki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukup bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepada kamu agar kamu bersukur".

NIAT BERPUASA Sabda Rasullullah SAW bermaksud : - " Barang siapa tidak membulatkan puasa (berniat) sebelum fajar, maka tiadalah puasauntuknya ". (Hadith riwayat Ahmad)

BERSAHUR Sabda Rasullullah SAW bermaksud : - " Bersahurlah kelian, sesungguhnya dalam bersahur itu ada keberkatan ". (Dari Anas bin Malik r.a. riwayat Bukhari dan Muslim)Wallahu A'alam

Sunday, June 29, 2008

Selamat Berjuang My Friendz...


bln nie hilang 3 org member satu ofis kat site putrajaya nie...tak best nye...tak der org nak tlg bila ader problem nanti...tak per diaorg pegi sbb dpt offer yang lebih baik dari sini...

tapi bila nak sorang...sorang keluar cam tak best lak...makin lama makin kurang org kat cni...keje berlambak-lambak....bln depan ader lg member yang nak pegi....ermmm...bila la projek nie nak abis....blh la balik HQ balik....huhuhu....


to faizal...miza dgn kak tun...selamat berjuang di tempat baru k....ingat kami kat sini...


Friday, May 30, 2008

selamat pengantin baru...






25/5 ari tue pegi kenduri kak emy & rostam kat pahang...jauh perjalanan tue...pergi satu kete jer...tlk dari kl kul 9..sampai kul 12...ingat nak tgk la kak emy dgn rostam nikah....tak der peluang...sampai2 jer terus mkn..lepas tue ketibaan pengantin lelaki...ambik gambar dgn pengantin...bila penganti mkn beradap kami pun balik la..time balik tue singgah tanjung lumpur beli sata...lepas tue pegi lak teluk cempedak...aper lg time nie la nak jln2...dah sampai kuantan aper lg.. redah jer la...balik dari pahang sampai kl kul 5 ptg ...ari isnin dah kena keje ...memang penat giler tapi seronok...




Wednesday, May 21, 2008

Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi. Sesungguhnyapersahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaanakan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin.


Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat..... dan yangpaling rugi ialah orang yang ditinggalkan oleh sahabat.


Bergaullah dengan manusia sebaiknya, sehingga kalau kamu mati mereka tangisidan kalau hidup mereka selalu merindui kamu.


Sahabat mewakili suatu kekuatan. Yang indah itu pertemuan, yang manis itukemesraan, yang pahit itu perpisahan, yang tinggal hanyalah kenangan.


Sahabat yang paling baik adalah diri kita sendiri yang tahu menilai setiapapa yang kita lakukan.


Hadiah yang berharga dalam ertikata sahabat yang sebenarnya adalah memberiyang terbaik dari diri anda sendiri.....


Jadilah juara yang mengajak orang lain menjadi juara. Kehidupan adalah suatugiliran..... antara senyum dan tangis.


Air mata pula adalah masin kerana ia adalah garam penghidupan.


Tenaga yang paling kuat di atas muka bumi adalah kasih sayang.


Tanpa usaha angan-angan tak bermakna.


Sejauh mana kita pergi, sekuat mana pun kita lari, kita tidak dapatmenghindar reality, dan kita akan jumpa juga diri kita sendiri.


Suatu bangsa dikenal kerana akhlaknya [budi pekerti]. Jika budi pekertinyatelah runtuh, maka runtuh pulalah bangsa itu.


Walaupun dunia berada dalam genggaman, namun akhirat tetap di hati, walausetinggi mana darjat kita di dunia ini, hati tetap menghambakan diri padaAllah yang maha kuasa, semulia mana diri kita, ke tanah jua kita akhirnya.....


Gantungkan cita-citamu setinggi langit. Sekiranya ia jatuh, ia jatuh dipuncak gunung bukannya di lembah jurang.


Tak semestinya apa yang kita lihat itu benar belaka, kadangkala pandanganmata sering menipu. Selidikilah apa yang kita lihat dan pastikanlahkebenarannya. Semoga yang setitis menjadi selautan dan kebenaran akan terserlah.
Ilmu adalah petunjuk amal, faham adalah peti ilmu, akal adalah pemimpinbagi kebaikan, nafsu adalah kapal dosa, harta adalah laksana jubah bagiorang?orang yang sombong, dan dunia adalah pekan akhirat.


Jadilah seperti bunga cempaka, rupanya tiada tapi wangi baunya, jangan jadiseperti bunga raya, rupanya cantik tapi tidak berbau.....


Dalam menuntut ilmu pula..... jadilah seperti lembah, jangan seperti gunung.Kalau kita merendah diri mudah mendapat ilmu, tapi kalau sombong.....siapapun tak larat untuk mendaki.....


Gersang bumi tanpa hujan, gersang hati tanpa iman.

Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah memudahkan baginya jalan untuk kesyurga.

Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.

Sebesar-besar ibadat ialah berfikir tentang Allah.


Tanpa amal lunturlah iman, tanpa iman sepilah ibadat, tanpa ibadat hilanglah nur di hati, tanpa nur pudarlah akhlakmu.....


Tiada yang dapat mengubah nasibmu kecuali dengan usaha dan tawakalmu.

Percaya di dalam semua pekerjaan ada kejayaan dan kegagalan.

Istiqamah dalam semua pekerjaan lebih baik dari kamu hanyabersungguh?sungguh daripada tidak mendapat apa-apa.


Hidupnya jiwa kerana ilmu, maka rebutlah ilmu.

Matinya jiwa kerana kejahilan, maka jauhilah kejahilan.


Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok adalah harapan.


Tanamkan usaha, siramkan doa dan tuailah kejayaan. Tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu.


Setiap kegagalan pasti ada hikmahnya, jangan sedih walaupun ia pahit.Jikalau kita yakin kejayaan itu milik kita, kita mstilah berusaha untuk mencapainya.


Hidup manusia akan lebih bermakna sekiranya iman penuh di dada.

Kejayaan tanpa usaha satu kebetulan, tetapi kejayaan dengan usaha satu kepuasan.


Gagal sekali tidak bermakna kita akan gagal untuk selama-lamanya,sebaliknya jadikan ia pedoman dalam meniti arus kehidupan ini.....


Kekalahan dan kelemahan akan wujud jika kita yang membenarkannya.


Kebahagiaan itu akan dapat dicapai dengan jalan iktikad yang benar, yakiniman dan agama.

Buah akal adalah ilmu pengetahuan, buah jiwa adalah iman, buah fikiranadalah kemajuan.

Alangkah indahnya jika ketiga-tiga anggota ini melahirkan buah dalam kehidupannya.

Insan yang berjiwa hamba adalah menggunakan akal dan roh dalam hidupnya, insan yang berjiwa binatang adalah menggunakan roh dan jasad dalam hidupnya, insan yang berjiwa akal, roh dan jasad dalam hidupnya adalah di sisi Allah.


Usaha canggih kejayaan anggun.


Dunia ini bagai satu titian yang harus ditempuhi oleh setiap yang hidup.Oleh itu menitilah dengan berpegangkan kayu keimanan yang kukuh.


Kehidupan ini adalah suatu perjalanan yang nun jauh..... hanya kita yangmenentukan sama ada kapal itu sampai di tepian atau karam di lautan.


Darihal seseorang tak usah kau tanya, tapi tanyailah siapa temannya, sebabtiap?tiap teman itu adalah meniru temannya.


Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlau manisuntuk dikenang.


Berusahalah sementara ada kesempatan, jangan menunggu hingga kesempitan.


Sesuatu yang diimpikan tidak selalunya menjadi kenyataan tetapi apa yangtidak diduga berlaku dengan tiba-tiba, biarlah kita menangis hari ini keranakesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa memanjang kerana kegembiraan,yang belum pasti untuk selamanya.


Walau sekuat mana sayang kau pada seseorang itu, relakan pemergiannya.Andai kata dia kembali padamu, sesungguhnya takdir telah menentukan diauntuk kau. Tapi, andai kata dia tidak kembali, maka redhalah, ketentuantakdir dia bukan milikmu sejak dari dulu lagi. Tak kenal maka tak benci.....semoga dibuai mimpi ngeri.....


Setiap manusia memerlukan perubahan, dan perubahan itu memerlukanpengorbanan. Bila disatukan keduanya..... ia memerlukan bimbingan.


Kemewahan tidak menjanjikan keberkatan, tetapi keberkatan menjanjikan kemewahan


Suatu kesilapan itu adalah merupakan pengajaran yang paling bermakna


Perjuangan itu pahit namun ia menjanjikan syurga yang manis.


Lawan tetap lawan..... walaupun kita tewas..... namun musuh luka jua


Jangan Takut pada kesilapan kerana ia mengajar kita erti kehidupan


Ada baiknya kita belajar suatu kejujuran walaupun ia datangnya dari satu kesilapan.


Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bereti cinta, kagum juga bukanbermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang punbukan cinta..... tapi..... cinta itu adalah cinta.....


Allah ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah,makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takutanaknya terpijak.


Hargailah dan pertinggikanlah peribadimu. Orang-orang yang bercita-cita harus mampu menaksir harga peribadinya secermat-cermatnya. Anda harus tahuakan harga diri dan harus selalu cuba untuk memepertinggikan peribadimu itu.

Monday, May 19, 2008