A'kum
Antara hadith mengenai Ramadhan sebagai renungan dan ulangkaji.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud : -
" Barang siapa tidak meninggalkan perkataan palsu dan pengamalannya, maka Allah
tidak mempunyai keperluan untuk meninggalakan makanan dan minuman " Riwayat oleh
Bukhari.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud : -
" Apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah kamu melafazkan perkataan yang
tidak baik, dan yang tidak berhikmah atau kurang elok daripada perkataan mahu pun
perbuatan. Apabila seseorang mencercanya atau hendak berkelahi dengannya. Maka dia
hendaklah mengatakan : ' Sesungguhnya aku berpuasa ' ". Riwayat oleh Imam Muslim
daripada Abu Hurairah RA.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud : -
" Apabila datang bulan Ramdhan maka pintu-pintu syurga akan dibuka dan pintu-pintu
neraka akan ditutup serta syaitan-syaitan akan dirantai ".
( Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah)
Wallahua'alam.
soon
10 years ago
0 comments:
Post a Comment